1:40 AM

Kuliah November 2010

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

11:15 PM

TABARRUJ di facebook

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:

“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.


Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)


Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.



Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

Sumber : http://salafus-sholih.blogspot.com

2:21 AM

Program Sempena Ramadhan

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

Adalah dimaklumkan bahawa surau Al-Hidayah Seperti tahun-tahun yang lalu, akan menganjurkan Majlis Tahlil Arwah,Berbuka Puasa/Moreh .

Bagi anak qariah yang berminat untuk menyertai program tahlil arwah bolehlah mendapatkan borang di surau.

Program Korban

Bersempena dengan kedatangan hari Raya Qurban/Haji/Aidiladha ini pihak Surau Al-Hidayah akan mengadakan program korban seperti tahun-tahun yang lepas.

Kepada sesiapa/individu yang berminat untuk menyertai program ibadat korban ini bolehlah mula mendaftar dengan pihak surau dengan mendapatkan borang pendaftaran di surau.


Oleh itu marilah sama-sama kita datang untuk memakmurkan Rumah Allah dengan harapan mudah-mudahan segala usaha untuk memperbaiki diri kita di tahun ini mendapat rahmat, keberkatan dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Insyaallah

5:05 PM

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ & MIKRAJ 1431h

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

PENCERAMAH : USTAZ MALIK (PEGAWAI JAKIM)
TARIKH : 10 JULAI 2010 (SABTU)
MASA : SELEPAS SOLAT MARGRIB
TEMPAT : SURAU AL-HIDAYAH


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS INI

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya Muhammad pada malam hari, dari Masjidil Haram di Mekah ke masjid Al-Akso di Palestin, yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran kami. Sesungguhnya Allah jualah yang amat mendengar,lagi amat mengetahui".
(Al-Israk ayat 1)

1:14 AM

Memerlukan sumbangan dari anda

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

Assalamualaikum..

Beberapa bahagian surau mengalami kerosakan dan perlu dibuat pembaikan.Oleh itu ia sedikit sebanyak memerlukan kos untuk kerja-kerja baik pulih.


Kawasan yang terlibat:

1.Bahagian depan,tempat Imam (bahagian atas bocor apabila air bertakung)

2.Bilik air jemaah lelaki yang tersumbat.

3.Bahagian tepi untuk jemaah perempuan,kebocoran berklaku pada saluran air.





Maklumat akaun:

No akaun : 2621-6600-0080-02

Bank : RHB Islamic Bandar Baru Ampang

Pengerusi :Hj Merzuki Md Husin 012-2730789

Bendahari : Mohd Azaman Ramli 019-3099211

Setiausaha : Mohd Nazif Ismail 017-6100480

“Dari Asma’ ra., ia berkata : Nabi saw. Bersabda kepadaku : “Janganlah kamu menghalangi sedekah sehingga kamu dihalangi rizkimu.” (HR: Bukhari)

Dari Abadah, ia berkata : Nabi saw. Bersabda : “Janganlah kamu menghitung-hitung maka kamu dihitung-hitung oleh Allah.”(HR: Bukhari)

“Dari Asma’ binti Abu Bakar ra. Bahwasanya ia datang kepada Nabi saw. Lalu beliau bersabda : “Janganlah kamu kikir, maka Allah kikir kepadamu, berilah sesuatu menurut kemampuanmu.”

(HR: Bukhari)


Akhir kalam,semoga sumbangan dari tuan/puan akan diberkati dan Allah akan tunjukan jalan untuk kesenangan hidup anda Ameen.






12:50 AM

Kebaikan Bersedekah

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh,

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :
Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada gunung ?”Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang
dibuat dari besi),Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?”Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapunboleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-
Mu yang lebih kuat daripada api ?”Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyatapapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalampenciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air
disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan
menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatanangin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalampenciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga
sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur
menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai
segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan
seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat
yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap
dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya
untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah
berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran
yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan
sabda RasuluAllah SAW, sbb :
1. Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di
jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang
terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang
mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
2. Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh )
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap
bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .
{Qs. Al Baqarah (2) : 261}
3. RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari,
ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru,
”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kepada Allah ”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang
yang menahan hartanya ”.
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk
menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda
RasulAllah SAW, sbb :
4. ”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah
mendahului sedekah ”.
5. ”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ”.
6. ”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ”.
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk
melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh
kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui
ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal
sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya
mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian
kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas
perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu
bersedekah,Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang
kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan
kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah
yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi
orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi
orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum
sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at
ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at
berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan
yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.
Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya
akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi,
sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab
menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya
menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah
diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan
meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya
berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka
kehilangan sesuatu.Sedekah yg pahalanya terus mengalir.
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga
hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang
mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir
walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH –
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang,setiap saat Al-Quran tersebut dibaca,anda mendapatkan kebaikan.Give Quran to someone and each timethey read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do’a.Pada setiap bacaan do’a itu, andamendapatkan kebaikan.Teach someone to recite a dua. With eachrecitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda keHospital dan setiap orang sakitmenggunakannya, andamendapatkan kebaikan.Donate a wheel chair to a hospital andeach time a sick person uses it, you willgain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiapseseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya,anda dapat kebaikan.Plant a tree. Each time any person or ananimal sits under its shade or eats from thetree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempatawam. Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangundengan seseorang.Share constructive reading material with someone.Kita tidak dilaknat Allah dan seluruh makhluk kerana tidak menyampaikan(menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalamAl-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kamiturunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudahKami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itudilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk ”.Dari Abdullah bin ‘Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: “Sampaikanlahpesanku walaupun hanya satu ayat ”.Semoga Allah Ta’ala membalas ‘amal Ibadah kita.Wassalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh......ibnshafiee
dipetik dari:http://farhana0504.wordpress.com/2008/04/16/kebaikan-bersedekahrenungilah/

6:10 PM

Senarai AJK Surau Al-Hidayah Sesi 1 JUN 2010 Hingga 31 MEI 2013

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

8:45 PM

AGM 2010 25 mac 2010 9Malam

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan




3:45 PM

AGM Surau Al-Hidayah

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

Kepada: Anak Kariah Surau Al-Hidayah

Jemputan Ke Mesyuarat Agong Tahunan Surau Al-Hidayah

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Surau Al Hidayah Pangsapuri Sri Intan akan mengadakan AGM bagi perlantikan AJK baru untuk sesi 2010-2013.Sehubungan itu tuan /puan dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

2. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:

Tempat : Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan
Tarikh : 25/03/2010 (Khamis)
Masa : 9.00 mlm (Pendaftaran selepas solat marghrib)


3 Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan melancarkan lagi agenda mesyuarat tersebut

* Hanya anak qariah yang berdaftar sahaja dibenarkan mengundi

Sekian,Terima Kasih.


Hj Merzuki Md Husin
Pengerusi
Surau Al-Hidayah
Pangsapuri Sri Intan

9:32 AM

Program Ceramah Maulidurasul

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan

Majlis Ceramah Maulidur Rasul
Tempat : Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan, Lembah Jaya Selatan,Ampang
Tarikh : 28/02/2010 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Margrib
Penceramah : Ustaz Nazri Mustafa (Imam Masjid Taman Kosas)

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir....

12:31 AM

Kelebihan solat jemaah

Posted by Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Intan



Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.



Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.

Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.

Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.